Kekayaan 50 Hartawan Malaysia Melonjak 14 peratus: Harta Robert Kuok Kini RM50.3 bilion

Walaupun dunia berdepan dengan ancaman pandemik yang masih belum reda, nilai kekayaan hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan peningkatan kekayaan kolektif mereka sebanyak 14 peratus kepada hampir AS$90 bilion (RM371bil) tahun ini.

Dari senarai berkenaan, hartawan empayar hartanah dan komoditi, Tan Sri Robert Kuok yang kini berusia 97 tahun masih kekal menggungguli carta dengan kekayaan sebanyak AS$12.2 bilion (RM50.3bil), sekaligus menjadi individu tertua dalam senarai berkenaan.

Menduduki tempat kedua, ia disandang oleh Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong dengan kekayaan sejumlah AS$9.6 bilion.

“Walaupun indeks saham petunjuk pasaran meningkat sederhana pada 2.5 peratus sejak kekayaan itu diukur kali terakhir pada 15 bulan lepas, 50 individu terkaya negara itu menyaksikan gabungan peningkatan kekayaan sehingga hampir AS$90 bilion, menokok daripada AS$79 bilion pada tahun lepas,” – Forbes.

Dalam masa sama, lonjakan itu juga berlaku kerana disumbangkan oleh kedudukan dominan Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan perubatan dunia yang membuatkan lima hartawan dari sektor terbabit tersenarai dalam kalangan 50 hartawan paling kaya di negara ini.

Dua daripada mereka itu adalah Pengerusi Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon di kedudukan ketujuh dengan nilai kekayaan AS$3.8 bilion (RM15.6 bilion) dan Pengasas Top Glove Corporation Bhd, Tan Sri Lim Wee Chai di tangga kelapan dengan kekayaan bernilai AS$3.5 bilion (RM14.4 bilion).

Sementara itu, senarai tersebut turut menerima lima nama baru yang antaranya adalah Tan Yu Yeh dan Yu Wei dari Mr D.I.Y. Group pada kedudukan ke-10 dengan kekayaan AS$2.7 bilion.

“Tan Eng Kee (No. 22, AS$965 juta), pengasas bersama Greatech Technology, pembuat peralatan automasi kilang; Ng Chai Eng (No. 37, AS$450 juta) dan Lau Chee Kheong (No. 38, AS$445 juta), pengasas bersama syarikat perkhidmatan kejuruteraan UWC, dan Steven Siaw Kok Teng (No. 49, AS$325 juta), pengasas bersama ViTrox, pembuat sistem pemeriksaan mesin kejituan tinggi.” – Petikan dari Astro Awani.

Berkenaan dengan hartawan Bumiputera, Syed Mokhtar AlBukhary menduduki tempat ke-18 dengan kekayaan sebanyak AS$1.2 bilion, manakala Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pula di tangga ke-32 dengan kekayaan berjumlah AS$550 juta.

Senarai penuh dan lengkap boleh didapati DI SINI.

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita