Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Minima Diploma Layak Memohon

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang bertanggungjawab menyeragamkan hal ehwal pentadbiran Mahkamah Syariah dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Visinya adalah memartabatkan Institusi Kehakiman Syariah dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Negara. Manakala misinya, meningkatkan Kecekapan dan Keseragaman dalam Sistem Pentadbiran Kehakiman Syariah di seluruh Malaysia.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

  • Kekosongan: 2
  • Simpanan: 2

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau
  • Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.

Cara Memohon

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di laman: https://spa9.spa.gov.my/login dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 Jun 2021 (11.59 malam).

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita