Elaun imbuhan lebih 800,000 penjawat awam dipotong 3 bulan. Disumbang untuk rakyat terjejas

Penjawat awam merupakan golongan yang kurang terjejas akibat pandemik COVID-19 berbanding pekerja swasta dan peniaga kecil harian.

Namun begitu, untuk menunjukkan solidariti penjawat awam bersama rakyat lain yang terjejas, lebih 800,000 penjawat awam diwajibkan menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana bagi tempoh tiga bulan.

Ia dilaksanakan melalui pengurangan elaun berdasarkan gred perkhidmatan sebagai tanda solidariti dalam mendepani pandemik COVID-19.

Pemotongan imbuhan itu tidak melibatkan petugas barisan hadapan atau frontliners

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan, 50 peratus kadar sumbangan bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus melibatkan ITK, manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, hasil sumbangan tetap selama tiga bulan dianggar berjumlah lebih RM30 juta itu akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.

“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita,” katanya

Bagaimanapun, pemotongan imbuhan itu tidak melibatkan petugas barisan hadapan atau frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28.

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita