Permohonan Jawatan Dibuka di PLUS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

PLUS Malaysia Berhad (PMB) telah diperbadankan pada 29 November 2010 dan setahun selepas itu, PLUS menyelesaikan pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Berhad (PEB).

Sejajar dengan itu, PMB menjadi syarikat induk Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad, Lebuhraya Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua), Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd (KLBK), TERAS Teknologi Sdn Bhd (Teras), PLUS Helicopter Services Sdn Bhd (PHS) dan pemegang saham utama Touch ‘n Go Sdn Bhd.

Selaras dengan peranannya itu, kini PLUS Malaysia Berhad mempelawan warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan yang dibuka.

Berikut kekosongan yang ditawarkan:

  1. Protege Trainee – PLUS Malaysia Berhad
    • Gaji: RM2000-RM2499
  2. Protege Trainee – TERAS Teknologi Sdn Bhd
    • Gaji: RM1500-RM1999 & RM2000-RM2499

Syarat kelayakan jawatan:

  • Prasiswazah dengan Ijazah Sarjana Muda (Tempatan / Luar Negara) dalam Undang-Undang, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (Perisian, Sivil, Mekanikal & Elektrikal), Kewangan / Perakaunan, Statistik, Matematik, Kajian Geomatik / Tanah, Sains Aktuari, Pengurusan Sumber Manusia, Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan, Sains Sosial, Bahasa, Pemasaran, Komunikasi Massa (Kewartawanan, Perhubungan Awam), Seni Kreatif & Berkaitan.
  • PNGK Minimum 2.50.
  • Berkomitmen dan berminat untuk pengetahuan dan pengalaman baru.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Mempunyai keinginan yang kuat untuk menyelesaikan masalah dan cabaran.
  • Mempunyai disiplin yang tinggi dan mempunyai integriti yang tinggi.

Bidang tugas:

Program Protege Trainee adalah sebuah program penempatan kerja yang disasarkan kepada graduan baru dari mana-mana disiplin atau bidang pengajian.

Program ini mempunyai latihan dan penempatan kemahiran insaniah selama dua minggu di syarikat untuk jangka masa satu tahun. Ini sangat sesuai untuk graduan baru yang ingin mendapatkan pengalaman kerja pertama mereka dalam industri lebuh raya.

Cara memohon:

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian dLAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada:

  • 26 JUN 2021 (Protege Trainee – PLUS Malaysia Berhad)
  • 30 JUN 2021 (Protege Trainee – TERAS Teknologi Sdn Bhd)

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts