Kerajaan telah memperkenalkan program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA+) bernilai RM40 bilion bagi merangsang ekonomi dan membantu rakyat menghadapi PKP 3.0.
Program ini dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu mempertingkat kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda Prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Selaras dengan matlamat itu, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan (BPR Tambahan) kepada yang berkeluarga dan bujang.
Maklumat bantuan adalah seperti berikut:
- Isi rumah pendapatan bawah RM2,500:
- BPR Tambahan RM500
- Isi rumah pendapatan RM2,501 hingga RM5,000:
- BPR Tambahan RM300
- Bujang berpendapatan bawah RM2,500:
- BPR Tambahan RM100
Kesemua bantuan ini akan dibayar terus ke akaun bank para penerima BPR sebelum ini pada hujung bulan Jun 2021. BPR Tambahan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan mahu terus mengutamakan agenda prihatin rakyat bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.
…..
Banyak lagi maklumat & jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita