Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Peniaga kecil berdaftar SSM bakal menerima RM1,500. Ini cara semakan GKP PEMERKASA Plus

Posted on June 1, 2021June 2, 2021 by Admin

Berita baik untuk para peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjya Syarikat Malaysia (SMM) apabila kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS).

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bantuan GKP ini akan membantu kira-kira sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro dalam memastikan kelangsungan perniagaan dan pengurusan aliran tunai.

Para peniaga akan menerima RM1,000 pada pertengahan Jun dan RM500 selebihnya akan disalurkan pada Julai. Selain itu, kerajaan juga masih membenarkan operasi jual-beli peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuk perusahaan mikro.

Cara Mohon dan Syarat GKP PEMERKASA PLUS

Program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini.

Mereka yang memohon GKP PEMERKSA PLUSĀ  perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

a. Penerima GKP sebelum ini
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Semakan boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme