Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR). Gaji RM1,549.00 Hingga RM5,684.00

Jabatan Kerja Raya Malaysia ialah salah satu jabatan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab membina dan menjaga infrastruktur awam di Malaysia seperti laluan persekutuan dan negeri, bangunan kerajaan, elektrik, air dan banyak lagi.

Agensi ini terletak di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Senarai infrastruktur JKR kini termasuklah Laluan persekutuan, Laluan negeri, Jalan luar bandar, Jambatan, Hospital awam, Sekolah awam, Bangunan kerajaan, Sekolah awam dan Pangkalan tentera.

Jabatan Kerja Raya Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

  • Jawatan: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  • Jabatan: Jabatan Kerja Raya Johor
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi: Sistem Maklumat

Jadual Gaji

RM 1549.00 sehingga RM 5684.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
  • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00); atau
  • Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf jawatan: Kontrak

Tarikh tutup: 22 Jun 2021

Cara Mohon

  • Pemohon hendaklah menggunakan borang JKRJ.1/2021 yang boleh didapati di ibu pejabat JKR Johor JKR Daerah
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport dan salinan sah dokumen-dokumen berikut:
  • Sijil kelahiran
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PENGARAH KEJA RAYA JOHOR

JABATAN KERJA RAYA JOHOR

TINGKAT 4 BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK

KOTA ISKANDAR

79100 ISKANDAR PUTERI JOHOR

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

 

Related Posts