Persenda Pakaian Tradisional, Persatuan Iban Buat Laporan Polis Terhadap Instafamous Ryzal

Ikibat berkelakuan biadap dan tanpa berfikir panjang, selebriti media sosial Ryzal Ibrahim mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak selepas didakwa mempersendakan pakaian tradisional masyarakat Iban.

Terbaru, Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Tajai (TAJAI) Sarawak telah membuat laporan polis terhadap Ryzal yang disifatkan telah mempersendakan, membuli serta menjatuhkan imej Ngepan.

“Saya mewakili persatuan Tajai amat kecewa serta berasa terhina atas perbuatan itu kerana individu tersebut berani menyuarakan pandangan tanpa memikirkan implikasi kepada kaum lain dan menyalahgunakan hak kebebasan bersuara melalui media semata-mata bertujuan untuk menyakiti perasaan kaum lain,” – Themotty Jagak, Pengerusinya, memetik laporan Utusan Borneo Online. 

Dalam masa sama, kenyataan Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim itu turut diselar oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sibu (KEMADA) yang menyifatkannya sebagai satu bentuk buli siber dan KEMADA tidak dapat menerima kenyataan maaf yang dikeluarkan olehnya di laman sosial.

“Kami sebagai persatuan Dayak yang mengekalkan adat dan tradisi Iban tidak berpuas hati dengan komen-komen yang dilemparkan oleh Ryzal kerana menghina pakaian tradisional kami orang Iban.

Apa yang dia cakap mengguris perasaan kaum Iban dan boleh mencetus serta menggugat ketenteraman awam. Oleh itu, KEMADA mahu pihak polis mengambil tindakan lanjut terhadap Ryzal,” –  Jackery Hillary Chukan, Pengerusi KEMADA, petikan dari Malaysiakini.

Sebelum ini, Ryzal dilaporkan telah memuat naik rakaman video berdurasi 58 saat di media sosialnya Duriankimchi dengan menunjukkan isterinya, Maryam You Na- rae yang sedang disolek sambil memakai Ngepan untuk sebuah program.

Bagaimanapun, Ryzal kemudiannya telah memberikan komen-komen terhadap pakaian itu yang disifatkan biadab oleh segelintir netizen apabila menyamakannya seperti kain buruk dan langsir.

Sedar dengan kecaman ramai, Ryzal bertindak menurunkan video tersebut dari platform media sosialnya dan memohon maaf di Instagram.

_____

Banyak lagi maklumat & jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts