Permohonan Pelbagai Jawatan Dibuka di MIDF Berhad. Terbuka kepada yang layak & berminat

Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF Berhad) ditubuhkan pada 30 Mac 1960 dan bermula sebagai institusi kewangan pembangunan industri utama di Malaysia.

Objektif utama pembentukannya adalah bagi mempromosikan pengembangan sektor perindustrian negara melalui penyediaan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana berasaskan pembuatan. Selama bertahun-tahun, MIDF telah berkembang menjadi kumpulan dengan pelbagai pelaburan besar dalam industri perkhidmatan kewangan dan sektor harta tanah industri.

Selaras dengan usahanya itu, kini MIDF Berhad telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Analyst, Equity Research
  2. Associate, Customer Liaison
  3. Senior Associate, Corporate Finance
  4. Assistant Vice President, Cybersecurity
  5. Business Compliance Officer

Syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan pengalaman (tertakluk kepada syarat) dalam bidang berkaitan. Taraf jawatan pula adalah sepenuh masa.

Cara memohon:

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

……

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita