Bau Aneh ‘Misteri’ Terungkai, Selepas Mayat Lelaki Ditemui Dalam Patung Dinosour

Sesiapa tidak menyangka bau aneh yang dihidu selama ini sebenarnya berpunca dari mayat di dalam sebuah patung dinosour di sebuah pinggir bandar Santa Coloma de Gramenet, Barcelona.

Berdasarkan siasatan pihak polis, lelaki berusia 39 tahun tersebut dilaporkan jatuh ke dalam arca berkenaan ketika cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh.

Keadaan itu disedari oleh seorang lelaki dan anaknya yang bermain di kawasan tersebut apabila perasan terdapatnya bau aneh dari arca berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. 

Setelah mayat itu ditemui, tiga anggota pasukan bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mereka bertindak memotong kaki arca tersebut dan mengerahkan sebuah kren untuk mengangkat mayat.

“Media tempatan melaporkan bahawa lelaki yang tidak disebutkan namanya itu terperangkap terbalik setelah jatuh ke dalam patung itu” – lapor Daily Mail.

Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat dan belum mengesahkan penyebab kematian lelaki itu atau bagaimana dia berada di dalam arca itu.

Arca dinasour yang didirikan untuk mengiklankan pawagam lama itu juga akhirnya telah dialihkan.

Sumber: Daily Mail.

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts