Seramai 175 pekerja disahkan positif COVID-19, kilang ayam terbesar ini diarahkan tutup

Tempat kerja merupakan kawasan yang banyak menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negara kita ini. Namun begitu, kerajaan perlu mengimbangi di antara ekonomi dan juga kesihatan, maka sektor kilang dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat.

Malangya, masih terdapat kilang yang menjadi kluster kepada penularan COVID-19. Seperti sebuah kilang memproses ayam terbesar di daerah Masjid Tanah dan terletak dalam Kawasan Perindustrian Masjid Tanah, diarah menghentikan operasi mulai semalam hingga 4 Jun ini.

Selepas menjalani ujian calitan, seramai 175 pekerja syarikat itu, kebanyakannya warga asing disahkan positif COVID-19.

Menurut EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, setakat ini jangkitan dalam kalangan pekerja terbabit belum diberikan istilah kluster tertentu oleh Jabatan Kesihatan.

“Penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal dijadikan tempat mereka dikuarantin.

“Kerajaan negeri juga berbincang dengan pengurusan syarikat itu kemungkinan memindahkan semua pekerja terbabit ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berhampiran kawasan perindustrian itu.”

Katanya, ini kerana asrama pekerja asing sedia ada di rumah kedai berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai.

Ujian calitan masih diteruskan terhadap baki kira-kira 600 pekerja bagi mengenal pasti pekerja yang dijangkiti pandemik berbahaya itu.

Baru-baru ini, Melaka merekodkan dua kluster baharu, membabitkan tempat kerja di sebuah kilang dan dalam kalangan keluarga.

Sumber: Berita Harian

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita