Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Elaun rumah disediakan

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu agama.

Saudara baru yang berjaya dibimbing akan mencurahkan bakti meneruskan dakwah dalam kalangan masyarakat. PERKIM ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 bertujuan membantu orang ramai yang hendak memeluk agama Islam.

Perkim mempunyai 13 bahagian iaitu di setiap negeri untuk menyampaikan syiar Islam.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Juruteknik Eletrik

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji Minima: RM1,200
  • COLA: RM350
  • Elaun perumahan: RM250 (berumah tangga)/RM180 (bujang)

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai sijil Wireman 3 Phase PW3
  • Keutaman akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman di dalam sistem penghawa dingin bangunan (Centre AirCond) & Split Unit dan sistem M&E bangunan seperti Sistem Pencegah Kebakaran, Cooling Tower dan lain-lain fasiliti bangunan.

Bidang Tugas

  • Pengendalian kerja-kerja pemasangan elektrik
  • Menjalankan kerja-kerja “trouble shooting” termasuklah kerja-kerja seperti “fitting” elektrik
  • Melibatkan kerja-kerja secara shif

Tarikh Tutup

1 Jun 2021

Cara Memohon

Sila hantar surat permohonan bersama resume dan salinan sijil kepada:

Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Tingkat 6, Bangunan Perkim

150 Jalan Sultan Azlan Shah

51200 Kuala Lumpur

(u.p: Puan Azizah Mohd Yusoff)

atau email kepada azizah@perkim.net.my

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita