Bangladesh pada hari Sabtu lalu mengumumkan bahawa negara itu telah membuang klausa “kecuali Israel” di pasport barunya dan ia disahkan oleh Menteri Dalam Negeri-nya Asaduzzaman Khan.
Hal itu rentetan dengan pengenalan e-passports negara berkenaan yang menyatakan “This passport is valid for all countries for the world” dan tidak lagi mengandungi klausa “Except Israel” seperti mana pasport sebelumnya.
Memetik laporan Weekly Blitz, perkara itu dilaksanakan berkemungkinan merupakan sebahagian daripada usaha Dhaka yang telah memperkenalkan beberapa siri polisi baru bagi tujuan untuk memperkukuhkan lagi imejnya di peringkat antarabangsa.
Tindakan Bangladesh itu dengan pantas mendapat reaksi positif daripada Timbalan Ketua Pengarah Asia dan Pasifik di Kementerian Luar Negeri Israel, Gilad Cohen, yang mengatakan Bangladesh telah membuang larangan perjalanan ke Israel.
“Berita baik! Bangladesh telah membuang larangan perjalanan ke Israel. Ini adalah langkah selamat datang dan saya menyeru pemerintah Bangladesh untuk maju dan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel agar kedua-dua rakyat kita dapat memperoleh keuntungan dan kemakmuran,” – katanya melalui ciapan Twitter.
Akan tetapi, Bangladesh dalam maklum balasnya menegaskan, walaupun pembaharuan terhadap klausa pasport itu dilaksanakan, dasar negara itu terhadap Israel masih kekal iaitu masih tersenarai dalam larangan perjalanan bagi rakyatnya.
“Larangan perjalanan pemegang pasport Bangladesh ke Israel tetap tidak berubah. Pemerintah Bangladesh belum menyimpang dari kedudukannya terhadap Israel dan Bangladesh tetap teguh pada kedudukannya yang lama dalam hal ini.” – petikan kenyataan Kementerian Luar Bangladesh.
Sejak kemunculan Israel pada 1948, Bangladesh kekal menyokong perjuangan Palestin dan sehingga kini masih tidak mengakui kewujudan Israel.
Negara itu juga tidak bercadang menuju ke arah mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun pembaharuan terhadap pasport dilaksanakan.
Sumber: India Today & Weekly Blitz.
…..
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita