Permohonan Jawatan Kosong Dibuka di Lembaga Zakat Selangor (LKS): Tawaran Gaji Sehingga RM5,000

Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah sebuah institusi zakat yang memegang amanah di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam pengurusan dan memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak. Dengan motto ‘Meneraju Perubahan’, LZS sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya iaitu pembayar dan penerima zakat.

Dalam usaha ke arah itu, LZS kini dibantu oleh sekitar 400 orang warga kerja serta disokong oleh 25 buah cawangan LZS di seluruh SelangoR. LZS juga terus berusaha menjalankan amanah sebagai amil dan amilin yang mempunyai integriti, jujur dan telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Selaras dengan usahanya itu, kini LZS telah mempelawak mereka yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan iaitu sebagai:

Eksekutif Kanan, Penyelidikan dan Sekretariat Syariah

Syarat kelayakan jawatan adalah:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Syariah / Fiqh atau Usul Fiqh atau yang seumpamanya. 
  • Mahir membaca dan memahami teks rujukan dalam Bahasa Arab.
  • Bonus: Mahir membaca dan memahami teks Bahasa Inggeris
  • Mahir penulisan artikel ilmiah & kertas kerja penyelidikan
  • Terlibat dengan pelaksanaan kajian syariah sekurang-kurangnya 2 tahun, terutamanya berkaitan dengan bidang berikut:
    • Zakat, atau
    • Ibadah mal atau fiqh muamalah, atau
    • Sosial dan kemasyarakatan

Bidang tugas jawatan:

  • Menyediakan kertas penyelidikan syariah untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah dan jawatankuasa lain di LZS atau Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, berdasarkan kepada Manual Kuasa LZS.
  • Menjawab isu dan persoalan Syariah terutamanya berkaitan fiqh zakat ke arah penyelesaian permasalahan syariah di LZS.
  •  Melaksanakan gerak kerja penyelidikan syariah yang mengambilkira realiti semasa (dalaman dan luaran LZS) supaya selaras dengan fiqh muasarah (kontemporari).
  • Membantu menyebarkan dakwah dan hebahan ilmu syariah (khususnya dalm bidang zakat) berdasarkan kepada ketetapan syariah LZS kepada pelbagai pihak sama ada dalaman atau luaran LZS.
  • Melaksanakan hubungan dan kerjasama berterusan dengan pelbagai pihak sama ada dalaman ataupun luaran LZS untuk mendapatkan pelbagai maklumat ke arah pengukuhan hasil kajian.

Cara permohonan:

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

……

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts