Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Dibuka Bagi Jawatan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri: SPM Layak Memohon

Posted on May 20, 2021May 20, 2021 by Admin

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) adalah sebuah badan yang ditugaskan dalam menyelaras, memantau, menilai pelaksanaan dan hasil Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Ia juga menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat, selain berusaha menjadi pusat yang unggul dalam Penyelarasan dan Pemantauan pembangunan negara.

Selaras dengan peranannya itu, kini ICU mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai: 

PEMBANCI GRED E19 (PERSONAL MYSTEP)

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Bayaran perkhidmatan: RM1,600/sebulan
  • Kelayakan minima: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik.
  • Kekosongan: Daerah di Negeri Selangor

Syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun
  • Mahir menaip dan mengendalikan komputer
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Memiliki lesen kenderaan B2 atau D
  • Memiliki kenderaan sendiri sama ada kereta atau motosikal
  • Memiliki telefon pintar
  • Memiliki komputer riba

Cara permohonan:

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI.  Permohonan pula boleh dibuat dengan menghantar resume beserta sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected].

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan tidak dinyatakan

……

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme