Sebuah saluran televisyen swasta sebelum ini melaporkan tentang pasangan warga emas yang tinggal dalam keadaan daif di Estate Sungai Remok, Batang Kali, Hulu Selangor.
Laporan itu sekaligus tular di media sosial dan tidak kurang juga telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan masyarakat tentang peranaan pihak tertentu yang sepatutnya membantu pasangan berkenaan.
Tampil memberikan penjelasan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyatakan pasangan warga emas tersebut sememangnya adalah asnaf fakir berdaftar dengan badan berkenaan dan menerima bantuan kewangan sebanyak RM400 sebulan selain bantuan makanan bulanan sejak tahun 2016.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan Mat Yusop berkata – rumah pasangan tersebut dibina di atas tanah milik individu lain dan kerana itu, bantuan membina rumah asnaf tidak boleh diberikan kepada keluarga berkenaan.
Mengulas tentang dakwaan warga emas berkenaan bahawa anak mereka tinggal di perantauan, Saipolyazan berkata berdasarkan siasatan LZS sebelum ini mendapati ada anak pasangan itu tinggal berdekatan.
“Sejak awal dikesan, LZS dan Penolong Amil Kariah telah memujuk pasangan itu untuk berpindah ke rumah lebih selesa dan semua kos serta sewa bulanan akan dibantu LZS namun mereka masih mahu terus tinggal di rumah tersebut.
“Mereka menolak tawaran tersebut melalui surat pada 17 Jun 2020,” ujarnya, petikan dari Kosmo.
Sumber: Kosmo.
…..
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita