Permohonan Jawatan Dibuka di Jabatan Alam Sekitar (JAS): Tawaran Gaji Sehingga RM2,000 sebulan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna.  JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa.

Selain itu, ia turut menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan.

Misi utama JAS adalah bagi memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara. Kini JAS mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah Personal (MySTEP) bagi tempoh kontrak dari 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021.

Maklumat gred jawatan dan gaji:

  • Gred 41 (Gaji: RM2,000)
  • Gred 19 (Gaji SPM: 1,600 & tanpa SPM: RM1,400)

Syarat kelayakan jawatan:

Personal MySTEP Gred 41

  • Memiliki ljazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia hayat, kaji hayat, fizik atau ekologi, ljazah Sarjana Muda (Alam Sekitar) atau ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanik, Kimia, Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Personal MySTEP Gred 19

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Bagi yang tiada memiliki SPM dibenarkan juga memohon.

Kemudahan yang diberikan:

  • Cuti rehat (12 hari setahun)
  • Cuti sakit (14 hari setahun)
  • Caruman KWSP dan PERKESO

Cara permohonan:

Calon yang berminat, boleh mengemukakan:

  • Resume lengkap
  • Gambar warna berukuran pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil akademik (ljazah/SPM)

Dan menghantarnya ke alamat e-mel: ahm@doe.gov.my atau normaya@doe.gov.my selewat-lewatnya sebelum atau pada 21 Mei 2021.

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts