Bermula 1 Jun, penebusan e-tunai PEMERKASA RM150 dibuka untuk mereka yang layak

Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 jun 2021.

Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai. Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.

Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta. Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit.

Ia boleh didapati melalui penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing.

Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi; KB SMalaysia ; Kementerian Pendidikan Malaysia ; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ; Kementerian Pembangunan Luar Bandar ; Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM atas kerjasama di dalam menjayakan program eBelia ini.

Sumber: FB Tengku Zafrul

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita