Permohonan Jawatan Dibuka di Pos Malaysia Berhad: Tawaran gaji sehingga RM7,500

Pos Malaysia Berhad merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia dan syarikat ini dikorporatkan dari Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia milik kerajaan pada tahun 1990. Pada September 2001, Pos Malaysia Berhad telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Pada hari ini, Pos Malaysia mempunyai banyak Unit Perniagaan Strategik, merangkumi POS Laju, POS, Data Pos, POS ArRahnu, POS Digicert, POS Solutions dan POS Online.

Sehingga 2020, Pos Malaysia telah memiliki seramai 23,336 kakitangan di seluruh 926 cawangan di Malaysia. Malah, jangkaan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang, Pos Malaysia telah merangka pelan bersama kerjasama agensi lain bagi menjadikan dron, sebagai alat alternatif mempercepatkan proses penghantaran.

Selaras dengan objektif dan peranannya itu, kini Pos Malaysia Berhad telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat:

Eksekutif Kanan, Audit IT – Audit Dalaman

  • Lokasi: Kuala Lumpur
  • Gaji: RM4,100 – RM7,500

Syarat kelayakan jawatan:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional, Sains Komputer / Teknologi Maklumat atau setaraf dan diiktiraf oleh LAN / MQA
  • Kemahiran yang diperlukan: MS Excel, SAP.
  • Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
  • Diperlukan sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan untuk jawatan ini.
  • Sebaiknya Eksekutif Kanan yang pakar dalam IT / Komputer – Pentadbiran Rangkaian / Sistem / Pangkalan Data atau setaraf.

Cara permohonan:

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

……

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts