TEKUN Nasional dulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ditubuhkan pada 9 November 1998. Matlamat utama TEKUN Nasional adalah bagi menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat beberapa perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa iaitu bagi menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata.
Pada hari ini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang perniagaan dan peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
Selaras dengan tugasnya itu, kini TEKUN Nasional telah membuka kekosongan jawatan sebagai:
Pegawai Eksekutif (IT)
Syarat-syarat kelayakan jawatan:
- Mempunyai Diploma dalam bidang Information Technology (IT) dan bidang pengkhususan berkaitan bidang IT;
- Wajib kredit dalam Bahasa Melayu, LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.
- Boleh bekerja di Ibu Pejabat TEKUN Nasional (Bandar Tasik Selatan).
Bidang tugas jawatan:
- Pemantauan & penyelenggaraan VADS Management System;
- Pemantauan prestasi & penyelenggaraan Data Centre;
- Data Centre HQ (Volare Data Centre MyLoca)
- Data Centre MyLoca
- Cloud Hosting
- Menyelenggara dan memantau Active Directory (AD) (User, DHCP & DNS);
- Mengurus, memantau dan mentadbir Backup System (Acronis) ;
- Pemantauan & penyelenggaraan DNS Hosting (Cloudfare);
- Pemantauan & penyelenggaraan Lesen Perisian (Redhat);
- Mengurus, memantau dan mentadbir Windows Operating System ;
- Mengurus, memantau dan mentadbir Linux Operating System ;
- Mengurus, memantau dan mentadbir Precision Air Conditioning System (Data Centre);
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh TEKUN Nasional dari semasa ke semasa;
- Mematuhi peraturan & polisi TEKUN Nasional dan berdisiplin serta berpewatakan menarik; dan
- Perlu kerja luar sekiranya diarahkan.
Cara permohonan:
Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.
Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 21 Mei 2021.
……
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita