Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di Pertubuhan Peladang Negeri. Gaji RM1,770 Hingga RM10, 467

Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Tujuan utama penubuhan PPNJ ialah untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup ahli-ahli, serta mengujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatu-padu.

Kegiatan utama PPNJ adalah dalam industri komoditi sawit yang meliputi perladangan, perkilangan, perundingan, penyelididkan dan pemasaran. PPNJ telah melengkapkan rantaian nilai bagi aktiviti ini dan mula menambah kepada aktiviti sampingan seperti kilang baja kompos dan loji memproses isirong untuk makanan ruminan.

Aktiviti-aktiviti sokongan lain seperti aktiviti sosio ekonomi dan sosial termasuk pemasaran, kredit, latihan, perniagaantani, pengangkutan dan lain-lain saling melengkapi tentang peranan utama PPNJ di dalam memastikan ahli-ahli peladang terus mendapat sokongan dan bimbingan.

Pertubuhan Peladang Negeri Johor mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  • Pengurus Kanan
    • Ketua Bahagian Pengurusan Risiko
    • Gred P9
    • Gaji: RM5,693.00 – RM10,467.00
    • Tetap dan Tidak Berpencen
    • Bilangan kekosongan: 1
    • Penempatan: Ibu Pejabat PPNJ
  • Juruteknik Komputer
    • Junior Eksekutif Kanan
    • Gred: S4
    • RM1,770.00 – RM4,110.00
    • Tetap dan Tidak Berpencen
    • Bilangan kekosongan: 1
    • Penempatan: Ibu Pejabat PPNJ

Kelayakan Akademik

  • Bagi jawatan Pengurus Kanan, calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
  • Bagi jawatan Jurutekni Komputer, calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Syarat Lantikan

Syarat-syarat Am lantikan:

  • Warganegara : Malaysia
  • Jantina : Tidak Memilih
  • Umur : 30 – 45 tahun

Syarat Lantikan Bagi Jawatan Pengurus Kanan:

  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam bidang Pengurusan/Perakaunan/Pentadbiran Perniagaan atau bidang-bidang lain yang berkaitan;
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mahir berkomunikasi dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; DAN
  • Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun dalam bidang berkaitan;
  • Memiliki pengetahuan dan pengalaman tambahan dalam bidang berikut:
    • i. Pengurusan Projek
    • ii. Pengurusan Kewangan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman seperti berikut:
    • i. Persijilan MS-ISO 9001:2015
    • ii. Persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
    • iii. Persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) Supply Chain Sustainable System

Syarat Lantikan Bagi Jawatan Juruteknik Komputer:

  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang komputer rangkaian yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau 3 dalam bidang komputer rangkaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
  • Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
  • Pengalaman 3 tahun dalam bidang komputer rangkaian

Cara Memohon

Permohonan perlulah lengkap dengan mengemukakan surat secara bertulis berserta gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil-sijil disahkan dan dokumen-dokumen berkaitan dan dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Pertubuhan Peladang Negeri Johor
Wisma Peladang
No.9-9E, Jalan Selat Tebrau
80000 JOHOR BAHRU
(UP : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan pada 11 Mei 2021

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts