Permohonan Jawatan Dibuka di Prasarana Malaysia Berhad: Graduan Baru Sangat Digalakkan memohon

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Prasarana juga merangkumi beberapa entiti seperti – Rapid Rail Sdn Bhd; Rapid Bus Sdn Bhd; Pengurusan Prasarana Bersepadu dan Engineering Services Sdn Bhd (PRIME) dan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE).

Prasarana juga memiliki dan mengendalikan perkhidmatan bas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang. Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan dan kejuruteraan di dalam dan luar negeri, melakukan projek pembangunan berorientasikan komersial dan transit dalam asetnya, serta projek infrastruktur pengangkutan awam utama di negara ini.

Selaras dengan peranannya itu, kini Prasarana telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan:

JURUTEKNIK

  • Lokasi: Kuala Lumpur

Syarat kelayakan jawatan:

  • Memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Mekatronik / Awam dari universiti yang diiktiraf / Institut Teknologi / Politeknik.
  • PNGK minimum ialah 2.50.
  • Berumur antara 21 hingga 25 tahun.
  • Graduan baru digalakkan untuk memohon.

Bidang tugas jawatan:

  • Melakukan semua aktiviti penyelenggaraan pembetulan yang ditetapkan dalam pasukan yang diwakilkan.
  • Kemahiran membaiki dan menyelesaikan masalah sangat penting.
  • Mampu bekerja secara shift, lama dan kadang-kadang tidak teratur untuk memenuhi keperluan operasi jabatan.
  • Berorientasikan hasil, proaktif dan pemain pasukan.

Cara permohonan

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

……

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita