Seorang penghantar makanan dipukul oleh Lan Pet Pet. Ini apa yang terjadi

Seorang yang lucu dan sangat kreatif dalam membuat pelbagai bunyi. Itulah Lan Pet Pet, bekas ahli kumpulan Senario. Namun begitu, kecoh di media sosial apabila seorang pelawak terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad telah memukul seorang lelaki dipercayai seorang rider makanan Foodpanda.

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, pelawak tersebut dilihat memegang leher lelaki terbabit sebelum memukulnya di kepala.

Dalam video tesebut juga, Lan Pet Pet dilihat sempat ditenangkan oleh tiga lagi individu lain daripada terus membelasah pemuda berkenaan di tepi jalan raya.

Namun punca berlakunya kejadian ini tidak dapat dipastikan. Pelawak berusia 51 tahun itu juga sempat memberi kata-kata berbaur amaran keras.

“Hang duduk Tropicana, nak tunjuk samseng dengan aku…hang tau dak aku sapa?”

Dua tahun lalu, Lan Pet Pet pernah tular apabila bertindak memukul seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Ya di sebuah taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Disebabkan kejadian itu pelawak berkenaan telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 di Mahkamah Majistret Seremban disusuli dengan permohonan maaf kepada pengawal keselamatan tersebut

Semoga abang penghantar makanan itu dapat menguruskan hal ini sebaiknya.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts