Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2021 Minima SPM

Posted on May 4, 2021May 4, 2021 by Admin

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000.

Universiti ini mengkhususkan dalam bidang Kejuruteraan elektrik dan elektronik, Kejuruteraan awam dan alam sekitar, Kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, Pengurusan teknologi, Perniagaan dan keusahawanan, Sains komputer dan Teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional.

Universiti ini juga adalah salah satu daripada Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) .

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. PEGAWAI KESELAMATAN KP48
  2. JURUAUDIT W48
  3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
  4. PUSTAKAWAN S41
  5. PEGAWAI PERGIGIAN UG41
  6. JURUAUDIT W41
  7. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
  8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
  9. PENOLONG AKAUNTAN W29
  10. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
  11. PEMBANTU TADBIR (HAL EHWAL ISLAM) N19
  12. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
  13. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
  14. PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT) H11
  15. PEMBANTU OPERASI N11

Kelayakan Akademik

Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lebih daripada itu berdasarkan jawatan yang dimohon

Syarat Lantikan

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.
  • Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
  • Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.
  • Syarat-syarat terperinci bagi setiap jawatan boleh dilihat pada pautan ini: https://www.uthm.edu.my/en/latest-info/262-jawatan-kosong-pentadbiran-sesi-2-tahun-2021

Cara Memohon

  1. Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya di pautan berikut: http://perjawatan.uthm.edu.my/
  2. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
  3. Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.
  4. Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada [email protected].

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme