Permohonan Dibuka Bagi Jawatan MySTEP di Pejabat Pendidikan Daerah. Gaji RM1600 Sebulan

Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia.

Ia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:

  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan:

  • Jawatan: Personel MySTEP
  • Agensi: Pejabat Pendidikan Daerah Betong
  • Kumpulan: Kumpulan Sokongan
  • Tempat bertugas: Pejabat Pendidikan Daerah Betong
  • Gaji: RM1,600

Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh Personel MySTEP berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik dan kadar bayaran upah adalah mengikut tempoh perkhidmatan sebulan termasuk caruman KWSP, PERKESO dan lain-lain yang berkenaan.

Kelayakan Akademik:

Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Fungsi Bidang Tugas:

  • Menerima dan merekod surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat dan diserahkan kepada Ketua Jabatan untuk tindakan selanjutnya.
  • Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am, minit mesyuarat, memo, format dan lain-lain surat rasmi yang diarahkan Ketua Jabatan.
  • Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari Ketua Jabatan dan Timbalan PPD untuk makluman para pegawai.
  • Menjalankan tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

Syarat Lantikan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris. Lulus dalam matapelajaran Sejarah dan Matematik di peringkat SPM.
  • Berkemahiran dalam menggunakan sistem I perisian Ms Word, Powerpoint,Excel, mahir dalam memasukkan data (Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh mengendalikan computer dan/atau berkebolehan menaip)
  • Amanah dan bertanggungjawab.
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan dan mempunyai inisiatif sendiri.
  • Berdaya saing, bermatlamat, berdisiplin dan berakhlak tinggi diutamakan.

Cara Memohon:

  1. Mengemukakan resume beserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang telah disahkan.
  2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mei 2021 jam 12 tengahari.
  3. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga.
  4. Sila isi link berkenaan shorturl.at/tHWX9 sebelum menghantar borang.

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts