Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.
Ketika ditubuhkan pada tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKM keseluruhannya.
IKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Mulai tahun 2009, IKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan kini IKM telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
Fungsi IKM ialah:
- Menyediakan kursus dalam bidang koperasi & penganugerahan diploma;
- Percetakan dan penerbitan dalam bidang koperasi;
- Usaha sama dengan IPT/ badan professional dalam dan luar negara bagi menjalankan kursus koperasi;
- Penyelidikan Bidang Koperasi;
- Khidmat perundingan koperasi;dan
- Menasihati Menteri.
Institut Koperasi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan yang ditawarkan
- Pegawai Perhubungan Awam Gred S48
- Kontrak
- Gaji: RM6,000 – RM7999
Kelayakan Akademik
Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazaj Sarjana atau yang setaraf dengannya seperti yang diiktiraf kerajaan
Tugas-tugas
- Bertindak sebagai Focal Point Jabatan dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat Jabatan, Nasional dan Antarabangsa.
- Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat IKM;
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan pelan komunikasi, pemasaran, konsep promosi dan program publisiti untuk meningkatkan reputasi serta memperkukuhkan identiti dan imej IKM secara berterusan.
- Mengurus aspek perhubungan awam IKM yang melibatkan hubungan media dan hubungan pihak luar dengan IKM.
- Menghasilkan video multimedia aktiviti IKM secara berkala.
- Menyelaras dan mengurus lawatan rasmi IKM dan kunjungan pelawat rasmi ke IKM dalam dan luar negara.
- Merancang, mengurus, mendokumentasi penerbitan IKM, laporan tahunan, buletin, video korporat, iklan, brosur serta lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan mempromosikan IKM.
- Menyediakan dan menyelaras teks ucapan dan kenyataan akhbar seterusnya mendokumentasi maklumat tersebut untuk rujukan Jabatan.
- Merancang dan menguruskan portal IKM dan sosial media yang lain secara sistematik bagi pencarian maklumat yang efektif.
- Membuat liputan dan mengeluarkan artikel bagi program rasmi dalam dan luar IKM.
Cara Mohon
Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap di portal kerja MYFutureJobs. Borang boleh diisi di link yang disediakan di bawah:
Borang permohonan atas talian Pegawai Perhubungan Awam Gred S48
Tarikh tutup permohonan: 11 Mei 2021
…..
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita