Permohonan Lebih 100 di Kementerian Kesihatan & Kementerian Komunikasi dan Multimedia: Minima kelayakan PMR

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu pada hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini adalah bagi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan awam di negara ini.

Selaras dengan tugasnya itu, kini SPA telah membuka kekosongan jawatan sebagai PEMBANTU AWAM GRED H11 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pelbagai Kementerian/Jabatan (Sarawak).

Syarat kelayakan jawatan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
  • Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)

Bidang tugas jawatan

Pembantu Awam akan menjalankan tugas-tugas seperti:

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.

Cara permohonan:

Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di laman: https://spa9.spa.gov.my/login dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.

Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 02 Mei 2021 (11.59 malam).

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts