Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Eksekutif di PTPTN 2021. Minima SPM Gaji RM1,600 Sebulan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

PTPTN mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

  • Eksekutif Pemasaran (Kontrak)
    • Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor
    • Akan Ditempalkan Di Pejabat Cawangan UTC Johor Bahru, Johor
    • RM1,600.00 Sebulan
    • Komisen Berdasarkan Prestasi

Kelayakan Akademik

Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat Lantikan

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tar ikh tutup permohonan;
(c) Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaa n dan Lulus (sekurang­ kurangnya Gred 8/BEJE) dalam lma (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.

  • Keutamaan diberi kepada calon :
    • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
    • Perwatakan menarik;
    • Bgrkgbolghan bgrkomunikasi dongan baik;
    • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
    • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
    • Berkebolehan menganalisa dengan baik;
    • Mempunyailesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
    • Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta ke a lebih masa selepas waktu pejabat ;dan
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum pukul 11.59 malam, Isnin, 26 April 2021dilaman web PTPTN: https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/Utama.cfm
  • Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemillhan akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat emel masih aktif dan boleh digunakan.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita