Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gaji RM1,505 Hingga RM20,592

Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Dahulunya universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).

Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar.

UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Universiti Malaysia Pahang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  1. Pensyarah Universiti Gred DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5 Di Kolej Kejuruteraan, UMP Kampus Gambang
  2. Pensyarah Universiti Gred DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5 Di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif, UMP Pekan
  3. Penolong Pegawai Sains Gred C29/C32 Di Fakulti Sains Dan Teknologi Industri, UMP Kampus Gambang

Kelayakan Akademik

Calon mesti memilik Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut posisi yang dipohon

Syarat Lantikan

Bagi kelayakan asas adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
  • Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat-syarat khas bagi setiap posisi yang lain boleh dilihat secara terperinci seperti pautan yang disediakan di bawah.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP

  • Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Permohonan ditutup pada 27 April 2021

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts