Penunggang Buy Muslim First. Bekas pekerja ini dedah penipuan boss Malakat Mall

Malakat Mall adalah sebuah pusat membeli-belah yang mengumpulkan 100% usahawan Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung. Sekaligus memberi peluang kepada pengguna Muslim untuk menyatukan kuasa pembelian mereka secara berpusat.

Terdapat pelbagai kemudahan atau fasiliti yang telah disediakan di Malakat Mall untuk kegunaan orang ramai. Pihak pengurusan Malakat Mall sentiasa peka dengan kehendak para pengunjung yang ingin menikmati suasana membeli-belah yang selasa dan selamat.

Namun begitu, terdapat pendedah baru oleh akaun Twitter bernama @pedoqpop. Perkongsian itu adalah mengenai pendedahan dari bekas pekerja Malakat Mall kepadanya.

Orang kuat BMF, tapi ambil supplier dari non-muslim. Gaji staf pula underpaid

Dari perkongsian itu, ada seseorang menulis bahawa boss Malakat Mall ini ambil barang dari supplier non-muslim pada harga yang sangat murah. Kemudian, mark up harga dan jual mahal kepada muslim.

Pendedahan seterusnya terus muncul melalui seseorang yang dipercayai bekas pekerja Malakat Mall. Tulisnya kepada @pedoqpop seperti berikut.

“BMF tu baru sikit dia buat hal. Dari awal di start mall ni dah macam-macam perangai. 1st, jual barang mahal tapi gaji staff semua underpaid. Sepanjang tahun lepas semua gaji kena potong ya, walaupun ada yang dia bayar balik tapi tak cukup.

Lepas tu contribution EPF pun tak bayar ya, EPF dah usha lama dah mall ni, tunggu masa. Pastu sekarang dia pandai main, dia convert semua staf jadi usahawan (siapa tak sign, kena berhenti), So dia tak payah bayar EPF dah.

Sambungnya lagi seperti di dalam gambar di bawah:

Dikatakan juga, pada mulanya memang produk-produk BMF yang dibawa masuk. Namun begitu, bila dia dapat idea, dia buang vendor serta buat produk sendiri.

Jika perkara ini benar, maka para pekerja perlu bangkit melawan penipuan dan penindasan yang berlau walau di mana pun anda berada.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts