Permohonan Jawatan MySTEP di Jabatan Audit Negara Malaysia dibuka: Syarat-syarat & cara memohon

Tugas utama Jabatan Audit Negara Malaysia adalah menyediakan laporan audit pada masanya untuk dikemukakan kepada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Selain itu, ia juga berperanan dalam melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan secara bebas dan adil.

Melalui penstrukturan organisasi pada 2007, Jabatan Audit Negara dibahagikan kepada 5 sektor iaitu Sektor Pengurusan, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Sektor Audit Kerajaan Negeri dan Sektor Audit Khas dan Penyelidikan.

Selaras dengan usaha berkenaan, Jabatan Audit Negara telah membuka pengambilan jawatan di bawah inisiatif MySTEP, dengan tawaran gaji dan kemudahan yang baik.

Jawatan

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pembangun Pangkalan Data – Gred FA29
    • Gaji: RM1,800
    • Kelayakan: Diploma Sains Komputer atau berkaitan
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
    • Gaji: RM1,600
    • Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat kelayakan am jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan.
  • Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum.
  • Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume, salinan sijil-sjil dan dokumen-dokumen sekongan ke alamat e-mel: fazlinrahayu@audit.gov.my dengan tajuk PERMOHONAN MySTEP BPSM.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Manakala, bagi yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas dua minggu permohonan ditutup, hendak dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 23 APRIL 2O21.

…….

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan.