Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan Di Jabatan Perhutanan Semenanjung Gaji Sehingga RM14,000

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.

Visi penubuhannya adalah untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Objektif jabatan ini adalah seperti berikut:

  • Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
  • Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
  • Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
  • Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan; air dan tanah; dan penggunaannya secara berkekalan.
  • Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilaitambah yang tinggi.
  • Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat
  • Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

  • PROJECT MANAGER
    • Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
    • RM6,500 – RM14,000
  • PROJECT FINANCE OFFICER
    • Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
      • RM3,000 – RM5,000
  • KNOWLEDGE MANAGEMENT / COMMUNICATION OFFICER
    • Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
    • RM3,000 – RM5,000
  • PROJECT ADMINISTRATION OFFICER
    • Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
    • RM3,000 – RM5,000
  • PROJECT ADMINISTRATION OFFICER
    • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
    • RM3,000 – RM5,000
  • STATE PROJECT TECHNICAL OFFICER
    • Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
    • RM3,000 – RM5,000
  • STATE PROJECT TECHNICAL OFFICER
    • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
    • RM3,000 – RM5,000
  • STATE PROJECT ADMIN / FINANCE OFFICER
    • Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
      • RM3,000 – RM5,000
  • STATE PROJECT ADMIN / FINANCE OFFICER
    • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
    • RM3,000 – RM5,000

Kelayakan Akademik

Bermula dari Diploma hingga Ijazah Sarjana mengikut jawatan yang dimohon. Maklumat lanjut boleh baca di sini (klik)

Syarat Lantikan

  • Tarikh tutup pemohonan ialah pada : 30 April 2021 (Jumaat)
  • Taraf jawatan : Kontrak
  • Jadual gaji (JGMM) : Seperti di atas
  • Syarat lantikan dan Deskripsi Tugas : Klik DI SINI

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara manual dengan memuat turun borang DI SINI.

  • Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara manual dengan melayari portal rasmi seperti yang dinyatakan di atas;
  • Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar permohonan berukuran passport, salinan kad pengenalan pemohon, sijil-sijil akademik, curriculum vitae (CV) dan dokumen lain yang berkaitan;
  • Borang boleh dihantar melalui email atau pos kepada urus setia; dan
  • Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.
  • Panggilan temuduga : Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja akan dipanggil temuduga; dan
  • Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh dua minggu selepas tarikh iklan tamat.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts