Rider GrabFood meninggal dihempap pokok. Rupanya cari rezeki sara ibu bapa

Beberapa hari yang lalu telah tular gambar dan video seorang rider GrabFood di media sosial yang dibantu orang ramai dalam keadaan hujan lebat sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak Petronas Alam Damai.

Rupa-rupanya, rider GrabFood tersebut meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihempap pokok tumbang akibat ribut di Alam Damai, Taman Lang Seng Cheras.

“Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, Syed Izzat Izzudin yang mengambil alih tugas mencari rezeki untuk menyara keluarga kami,” – kata Inang Suhana Abu Bakar

Tidak oleh terima kenyataan cara kematian arwah

Inang yang merupakan ibu kepada arwah yang berusia 20 tahun itu berkata bahawa anaknya seorang yang rajin membantu keluarga, namun dia bersedih kerana tidak boleh menerima kenyataan cara kematian Allahyarham.

“Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang), tetapi tidak menyangka ia berlaku kepada anak sendiri,” – katanya

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, menerusi beberapa posting di laman Facebook, ahli keluarga dan kenalan rapat Syed Izzat turut meluahkan perasaan sebak atas pemergian mangsa.

Semoga Allah memberkati kerja ikhlas dan amal bakti saudara Syed Izzat. Al-Fatihah.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita