Permohonan Jawatan Guru Ganti MySTEP di Pejabat Pendidikan Daerah – Syarat-syarat & cara memohon

Akibat ancaman pandemik yang melanda dunia pada tahun lalu, antara sektor paling terkesan sudah semestinya sektor pekerjaan yang menyaksikan begitu ramai kehilangan pekerjaan dan peningkatan pengangguran. Bagi menangani masalah ini, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) yang akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula Januari 2021.

Selaras dengan inisiatif berkenaan, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh telah membuka pengambilan jawatan GURU GANTI, dengan tawaran gaji dan kemudahan yang baik.

Syarat-syarat kelayakan:

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda:
    • Gaji: RM2,000
  • Memiliki Diploma atau STPM:
    • Gaji: RM1,800
  • Memiliki SPM:
    • Gaji: RM1,600

Kemudahan yang disediakan:

  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Cuti rehat
  • Cuti sakit

Cara permohonan:

Untuk maklumat lanjut jawatan boleh didapati di laman ini. Borang permohonan pula hendaklah diisi di Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh. Pemohonan mestilah memenuhi ketetapan kelayakan, sebelum dipanggil temuduga. Hanya calon yang menepati kelayakan akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan: 30 APRIL 2021

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan.

Related Posts