Aktiviti perjudian menjadi semakin mudah diakses. Cukup dengan menggunakan telefon pintar, seseorang dapat berjudi dengan harapan dapat memperoleh wang berganda-ganda.
Sebuah syarikat perjudian, mempromosi platform GDBet333 baru-baru ini mengiklankan aktiviti ini, yang dilarang untuk orang Islam. Syarikat ini “menunggang” kehangatan perayaan Aidilfitri untuk mendorong orang menggunakan perkhidmatan mereka bagi berpeluang memenangi wang berganda.
Jelik sungguh apabila syarikat itu juga menggunakan pelakon Muslim berpakaian tradisi dan bertudung dalam iklan mereka dengan mempromosi suasana hari raya di kampung.
Video iklan raya itu yang telah dimuat naik di YouTube kini telah dipadamkan, namun sempat dimuat turun oleh beberapa pihak. Sebelum ini, ia telah mendapat lebih dari 50,000 tontonan dari penonton.
Diharapkan kita semua tidak mengambil bahagian dalam aktiviti yang haram dan menyalahi undang-undang ini.
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita