Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Guru Sambilan Di MRSM 2021. Kadar Upah RM100 Sehari

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan.

MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Pihak Maktab Rendah Sains MARA Mukah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

  • Guru
    • Taraf Jawatan adalah sambilan
    • Diklasifikasikan sebagai pengurusan dan profesional
    • Gred Gaji adalah DC41
    • Kadar upah pula RM100 sehari

Jumlah kekosongan adalah 1 untuk subjek bahasa Melayuu

Kelayakan Akademik

Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang seperti di atas

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Cara Mohon

Calon-calon yang berminat dan mempunyai kelayakan tersebut bolehlah menghantar resume dan salinan sijil-sijil akademik (SPM-Ijazah) yang telah disahkan melalui e-mel melalui alamat berikut: gurusambilan2020@mara.gov.my

Atau melalui pos/serahan tangan ke alamat:

  • Maktab Rendah Sains MARA Mukah
    • Lot 910, Blok 76 Mukah Land District
    • Jalan Bestari
    • 96400 Mukah
    • Sarawak

Tarikh tutup permohonan pada 22 April 2021

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita