Kerajaan Perkenal Pembiayaan sehingga RM10,000 untuk motosikal. Ini Syarat-syarat dan Cara Memohon

Kerajaan melalui TEKUN Nasional telah memberkenalkan sebuah program pembiayaan yang dikenali sebagai TEKUN Mobilepreneur 3.0. Ia secara ringkasnya adalah sebuah program pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional bagi memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 ini disediakan kepada peserta untuk tujuan:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

Had pembiayaan pula adalah seperti berikut:

  • RM10,000
    • Pembelian motosikal
    • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
    • Modal pusingan
  • RM2,000
    • Baik pulih motosikal
    • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
    • Modal pusingan

Syarat kelayakan & kaedah permohonan:

Untuk yang berminat, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan terlebih dahulu iaitu:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Bagi yang memenuhi syarat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan. Pemohon juga boleh memuat turun borang bermohonan secara atas talian DI SINI.

Bagaimanapun, diingatkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen/wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0. Pemohon diminta membuat permohon sendiri di Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke laman web: TEKUN Nasional.

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan.