Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Di Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri 2021 Minima PMR

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan satu agensi bomba dan penyelamat di Malaysia. Seksyen 5 (1) & (2) Akta Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat 1988 (Akta 341) menetapkan bahawa tugas-tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah seperti berikut:

  • Memadamkan, memerangi, menghalang dan mengawal kebakaran.
  • Melindungi kehidupan dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.
  • Menentukan kebakaran, penyelenggaraan dan peraturan kebakaran.
  • Menjalankan siasatan ke atas sebab, asal dan keadaan api.
  • Melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan, termasuk perlindungan hayat dan harta benda semasa terjadinya bencana.

JBPM boleh selain daripada tugasnya di bawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang diamanahkan kepadanya oleh undang-undang atau yang dipegang oleh menteri untuk dilaksanakan.

Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Pegawai Bomba Bantuan di balai-balai berikut:

  • Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas
  • Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi
  • Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin
  • Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah
  • Balai Bomba dan Penyelamat Chini
  • Balai Bomba dan Penyelamat Jengka
  • Balai Bomba dan Penyelamat Maran
  • Balai Bomba dan Penyelamat Triang
  • Balai Bomba dan Penyelamat Karak
  • Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis
  • Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands

Kelayakan Akademik

Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bukan anggotan Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang bertulis
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:

  • i. Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dan lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa

Cara Mohon

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan penyelamat yang terdekat seperti di atas atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (www.bomba.gov.my)

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar baharu berukuran passport , notis kebenaran dari majikan, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat seperti di atas. Tarikh tutup permohonan pada 23 April 2021.

Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui telefon dan dalam laman web JBPM (www.bomba.gov.my)

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts