Pelbagai Jawatan Ditawarkan di KWSP. Ini senarai jawatan dan cara memohon – Mohon Sekarang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP berperanan besar dalam membantu tenaga kerja Malaysia menabung bagi persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Dasar kualiti KWSP adalah menjadi sebuah badan yang komited dalam membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik melalui penambahbaikan berterusan bagi melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Kini KWSP mempelawa calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan yang dibuka:

Jawatan:

  1. Pegawai Sumber Manusia
  2. Eksekutif Pengurusan Aset & Liabiliti
  3. Eksekutif Peruntukan Aset Strategik
  4. Eksekutif Institusi Pengurusan Dana (FMI)
  5. Pakar Penilaian Pekerjaan

Syarat kelayakan:

Bagi jawatan-jawatan yang dibuka, syarat kelayakan akademik adalah Ijazah Sarjana Muda. Manakala, kelayakan pengalaman pula berluma dari entry level sehingga lima tahun pengalaman bekerja. Jawatan juga hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Maklumat lanjut iklan jawatan Klik Sini.

Cara permohonan:

Permohonan dan maklumat lanjut jawatan boleh didapati di laman ini. Pemohonan mestilah memenuhi ketetapan kelayakan, sebelum dipanggil temuduga. Hanya calon yang menepati kelayakan akan dipanggil untuk temuduga.

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan.

Related Posts