Permohonan Dibuka Bagi Kekosongan Pelbagai Jawatan FAMA 2021 Gaji Sehingga RM9,549.00

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah dan sedang menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut;

  • Memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak;
  • Memperluaskan akses pasaran; dan
  • Meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport

Pihak FAMA mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti yang berikut sebelum tarikh tutup 16 April 2021:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  • Pegawai Ehwal Ekonomi E41
    • Gaji: RM2,083.00-RM9,549.00
    • Taraf: Tetap
  • Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
    • Gaji: RM1,493.00-RM5,672.00
    • Taraf: Tetap
  • Penolong Jurutera JA29
    • Gaji: RM1,549.00-RM5,701.00
    • Taraf: Tetap
  • Penolong Pegawai Tadbir N29
    • Gaji: RM1,493.00-RM5,672.00
    • Taraf: Tetap
  • Penolong Juruaudit W29
    • Gaji: RM1,498.00-RM5,678.00
    • Taraf: Tetap
  • Pembantu Ehwal Ekonomi E19
    • Gaji: RM1,353.00-RM4,005.00
    • Taraf: Tetap
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
    • Gaji: RM1,352.00-RM4,003.00
    • Taraf: Tetap
  • Pembantu Akauntan W19
    • Gaji: RM1,353.00-RM4,005.00
    • Taraf: Tetap
  • Juruteknik Komputer FT19
    • Gaji: RM1,377.00-RM4,052.00
    • Taraf: Tetap
  • Penjaga Jentera Elektrik J19
    • Gaji: RM1,377.00-RM4,052.00
    • Taraf: Tetap

Kelayakan Akademik

SPM hingga Ijazah Sarjana Muda

Syarat Lantikan

Syarat-syarat Umum

  • Umur : Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Penempatan : Pejabat FAMA seluruh Malaysia.
  • Tempoh Percubaan : Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah :
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Mohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui laman web: Sistem Permohonan Jawatan FAMA
  2. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut secara softcopy semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.
  3. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
  4. Tarikh tutup iklan jawatan pada 16 APRIL 2021.

______

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita