Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Di Jabatan Kerja Raya (JKR) 2021 Kelayakan Minima PMR

Jabatan Kerja Raya Malaysia ialah salah satu jabatan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab membina dan menjaga infrastruktur awam di Malaysia seperti laluan persekutuan dan negeri, bangunan kerajaan, elektrik, air dan banyak lagi. Agensi ini terletak di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Senarai infrastruktur JKR termasuklah:

  • Laluan persekutuan
  • Laluan negeri
  • Jalan luar bandar
  • Jambatan
  • Hospital awam
  • Sekolah awam
  • Bangunan kerajaan
  • Sekolah awam
  • Pangkalan tentera

Jabatan Kerja Raya mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti yang berikut sebelum tarikh tutup 18 April 2021 (12 PM):

Jawatan yang ditawarkan

  • Pembantu Kemahiran
    • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
  • Pembantu Awam
    • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
    • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
    • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
    • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
  • Pengawal Keselamatan
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Kelayakan Akademik

  • Pembantu Kemahiran: SPM/ SVM
  • Pembantu Awam: PMR/ PT3/ SRP
  • Pengawal Keselamatan: PMR/ PT3/ SRP

Syarat Lantikan

  • Pembantu Kemahiran

(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d)
Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,377.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,435.12); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,435.12); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24)

  • Pembantu Awam

(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d)
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)
(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)

  • Pengawal Keselamatan

Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d)
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP11 : RM1,205.00) atau
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan pada Gred KP11 : RM1,205.00)

Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:

Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Cara Mohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang boleh didapati sendiri di:

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman, Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pada:

  • Pembantu Kemahiran: 4 & 5 April 2021
  • Pembantu Awam: 6 April 2021
  • Pengawal Keselamatan: 7 April 2021

b) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon.
c) Bagi setiap borang hanya satu (1) jawatan sahaja yang dlterima.
d) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut:-

  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil berhenti sekolah
  • Kelulusan akademik (Sijl/ Diploma/ljazah) mana yang berkailan dengan jawatanyang dipohon
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport; dan
  • Dokumen sokongan yang lain (Jika Ada)

e) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan ProfesionaJ di Pejabat Daerah dan Tanah. Pejabat Jurutera JKR Negeri/ Daerah atau Penghulu Mukim.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak berkuasa Tempatan/ Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskinl dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-peraturan Pegawal Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.


g) Borang permohonan jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Oarul Aman,
Tingkat 5,Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, 05582 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN.
(u.p: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts