Pelbagai Jawatan Ditawarkan di UKM, 35 Jawatan Dibuka Dengan Gaji Maksimum Sehingga RM9,000

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), adalah sebuah universiti awam yang terletak di Bandar Baru Bangi,Hulu Langat, Selangor. Ia merupakan antara universiti paling berprestij di Malaysia dan Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 ribu pelajar yang mendaftar ke UKM setakat rekod yang dicatatkan. UKM turut menjadi universiti terbaik ke-160 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2020. Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia.

Pihak Universiti mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) bagi jawatan seperti berikut:

  1. Arkitek J41
  2. Jurupulih Perubatan U29
  3. Jururawat U29
  4. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
  5. Juruteknologi Pergigian U29
  6. Jurutera J41
  7. Juruterapi Pergigian U29
  8. Juruukur Bahan J41
  9. Pegawai Kebudayaan B41
  10. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Dh41
  11. Pegawai Penyelidik Q41
  12. Pegawai Pergigian Ug41
  13. Pegawai Psikologi S41
  14. Pegawai Sains C41
  15. Pegawai Tadbir N41
  16. Pegawai Teknologi Maklumat F41
  17. Pembantu Kemahiran H19
  18. Pembantu Keselamatan Kp19
  19. Pembantu Operasi N11
  20. Pembantu Penerbitan N19
  21. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  22. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  23. Pembantu Tadbir (P/o) N19
  24. Pengawal Keselamatan Kp11
  25. Penolong Arkitek Landskap Ja29
  26. Penolong Jurutera Ja29
  27. Penolong Pegawai Keselamatan Kp29
  28. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  29. Penolong Pegawai Sains C29
  30. Penolong Pegawai Seni Bina Ja29
  31. Penolong Pegawai Tadbir N29
  32. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa29
  33. Penolong Pegawai Veterinar G29
  34. Pereka B19
  35. Pereka B29

Syarat umum bagi jawatan-jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Kelayakan dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keketapan jawatan.
  • Mempunyai Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM (bergantung kepada jawatan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara permohonan:

Maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula boleh dibuat secara atas talian di: https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm. Tetapi calon sebelum itu hendaklah mendaftar di sistem berkenaan dan kemudian membuat permohonan jawatan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 7 APRIL 2021.

_____

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts