Permohonan Dibuka Bagi 147 Kekosongan Jawatan SPA Gaji Sehingga RM4,003.00

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.

Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:

  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam);
  • Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
  • Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)); dan
  • Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)).

JPA mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100
Kekosongan : 143
Majikan : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.

Kelayakan Akademik

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat Lantikan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • (a) Warganegara Malaysia; dan
    • (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)
    atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40)
    atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

Cara Mohon

Permohonan hanya perlu dilakukan secara online sahaja seperti langkah di bawah:

  • Klik di bawah untuk ke pautan yang ditetapkan. Daftar & Login di sistem baru pengambilan SPA iaitu SPA9.
    https://spa9.spa.gov.my/login
  • Daftar masuk sebagai pengguna MYID baru jika anda pemohon yang baru. Jika anda sudah mendaftar, anda hanya perlu login sahaja.
  • Isi segala maklumat yang diperlukan. Maklumat peribadi, maklumat kokurikulum, maklumat pendidikan anda. Jika anda sudah mendaftar anda hanya perlu kemaskini maklumat anda sahaja.
  • Pilih jawatan ini (Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19) di bahagian pemilihan jawatan.
  • Tunggu sehingga tarikh temuduga dibuka. Anda akan dipanggil melalui email atau sms jika anda terpilih.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita