Tahniah! Semakan penerima GKP Tambahan Permai bermula 24 Mac 2021

Bermula hari ini, 24 Mac 2021, semakan bagi bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan boleh dibuat.

Sebelum ini, kerajaan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan.

Ia dikhususkan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawaln Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021. PKS mikro di negeri bukan PKP pula akan mendapat sebanyak RM500.

Menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia pada Isnin lalu, semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem dan status kelulusan boleh disemak di Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/)

Bagi yang tidak berjaya, boleh mohon GKP 3.0

Usahawan mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara boleh membuat permohonan baharu untuk Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 yang akan dibuka mulai 1 April 2021.

Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), usahawan yang layak akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM1000 menerusi GKP 3.0.

Untuk makluman, Pakej Pemerkasa telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapani cabaran pandemik COVID-19 yang masih melanda negara sehingga hari ini.

Kerajaan menganggarkan GKP 3.0 ini akan memanfaatkan lebih 1 juta usahawan di seluruh Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita