Jawatan Kosong Penolong Eksekutif IT Koperasi PDRM Berhad

Koperasi Polis DiRaja Malaysia (KPDRM) Berhad merupakan koperasi unggul yang penubuhannya bertujuan meningkatkan pelbagai kemudahan dan memberi pulangan berpatutan kepada anggota-anggotanya.

Misi kami adalah sentiasa menjaga reputasi dan mempamerkan pengurusan kewangan terbaik serta telus demi kepentingan anggota KPDRM.

Jawatan yang ditawarkan

PENOLONG EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad
Kuala Lumpur

  • Bertanggungjawab dalam memproses potongan gaji CPO bulanan anggota dan kakitangan;
  • Mengeluarkan laporan potongan gaji bagi potongan di bank-bank berkaitan dan lain-lain;
  • Membuat pembetulan data dari masa ke semasa sebagaimana yang dimaklumkan oleh pengguna (user);
  • Proses E-Gaji penghantaran data billing bulanan;
  • Mengendalikan kerja-kerja berkaitan mesyuarat agung tahunan iaitu menyediakan penyata akaun dan penyata cek dividen anggota;
  • Menyediakan skrin dan menu yang diperlukan oleh user sekiranya wujud sistem baru;
  • Mengeluarkan laporan pemprosesan bekas anggota tahunan;
  • Membantu dalam memastikan sistem induk berjalan lancar;
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Kelayakan Akademik

Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia berumur 25 – 30 tahun (calon-calon yang mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman bekerja dalam bidang teknologi maklumat mestilah tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan).
  • Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / Diploma Lanjutan (keutamaan dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan;
  • Memiliki kelulusan SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Matematik/Matematik serta lulus dalam dua matapelajaran lain;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknologi maklumat/pengaturcaraan; dan mampu bekerja di bawah tekanan serta boleh bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum.
  • Boleh berkomunikasi dengan baik di semua peringkat dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.

Cara Mohon

Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap. Borang boleh diisi di link yang di sediakan di sini ===> Jawatan Kosong Penolong Eksekutif IT Koperasi PDRM Berhad