Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Setiap peniaga kecil SSM, boleh dapat RM1,000. Ini cara mohon GKP 3.0

Posted on March 19, 2021March 19, 2021 by Admin

Kerajaan akan melaksanakan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) untuk membantu perniagaan kembali beroperasi. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiap perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS) yang layak akan menerima pemberian one-off RM1,000. Ini berdasarkan pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada Rabu yang lalu.

Apakah PEMERKASA?

Bagi melonjakkan semula aktiviti ekonomi, kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai 20 bilion ringgit, dengan suntikan fiskal baharu oleh kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit. PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Tarikh permohonan

  • Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021

Syarat Permohonan

  • PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini (GKP 1.0 dan 2.0)
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Mohon

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
  • Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Cara Pembayaran

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 3.0. Akaun bank mestilah aktif.



Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme