Cara Mohon Skim Bantuan Rumah Kediaman Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Antara objektif MAIK adalah melaksanakan usaha-usaha menambahkan harta dan sumber melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi kemajuan dan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Islam di Kelantan. Salah satu bantuan yang disediakan adalah BANTUAN RUMAH KEDIAMAN (PROJEK KHAS).

Syarat Am Permohonan

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  • Beragama Islam

Syarat Khusus Permohonan

  • Merupakan bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baru dan bukannya untuk membaiki rumah yang sedia ada.
  • Kriteria pemilihan penerima sebagaimana berikut :
    • Penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
    • Tanah milik sendiri atau milik ibu bapa atau tanah kerajaan. Sekiranya dibina atas tanah milik kerajaan atau ibu bapa pemohon ianya hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis.
    • Mempunyai tanggungan yang ramai.
    • Pemohon hendaklah melalui Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing.
    • Kos setiap rumah adalah sebanyak RM48,000.00 sebuah bagi semua jajahan.

Cara Mohon

Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, MAIK atau Kaunter Baitulmal di masjid-masjid jajahan. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

Info dan maklumat lanjut boleh layari laman web berikut: https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/skim-bantuan/bantuan-rumah-kediaman-projek-khas

______

Banyak lagi jawatan kosong dan maklumat terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Related Posts