Cara Mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) bagi tahun 2021

Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam usaha untuk membantu mereka bergaji dan berpendapatan rendah untuk beli rumah pertama mereka. Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Berikut adalah ciri-ciri dan kriteria-kriteria yang diperlukan:

Ciri-ciri dan Faedah Utama

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

  • Pembiayaan sehingga 110%
  • Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder

Kriteria Kelayakan

Pemohon yang layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
    • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Cara Mohon

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

  • Affin Bank Berhad: 03-5522 3000
  • Alliance Bank Malaysia Berhad/Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad: 03-2612 9266 / 9267
  • AmBank Berhad/Am Islamic Bank Berhad: 03-2178 8888
  • Bank Islam Malaysia Berhad: 03-2690 0900
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad: 1 300 88 8787
  • CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad: 1 300 880 900
  • Hong Leong Bank Berhad/Hong Leong Islamic Bank Berhad: 1 800 38 8888
  • Maybank Berhad/Maybank Islamic Berhad: 1 300 88 6688
  • OCBC Bank Malaysia Berhad/OCBC Al Amin Berhad: 1 300 88 5000/1 300 88 0310
  • Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad: 1 800 22 9999
  • RHB Bank Berhad: 1 800 88 4663
  • RHB Islamic Bank Berhad: Sem. Malaysia: 03-9206 8118. Sabah & Sarawak : 082-276118
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad/Standard Chartered Saadiq Berhad: 03-7711 8888/03-2117 7941
  • United Overseas Bank Malaysia Berhad: 03-2612 8121

Untuk maklumat lanjut, boleh layari lama rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP)