Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Niaga Untuk Peniaga 100% Milik Bumiputera

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan. Antara bantuan yang disediakan adalah Skim Pembiayaan Tekun Niaga.

Jumlah Pembiayaan TEKUN

  • Skim Pembiayaan Kecil (SPK)
  • Jumlah: >RM 10,000 – RM50,000
  • Tempoh Bayaran: Sehingga 5 tahun
  • Skim Pembiayaan Sederhana
  • Jumlah: >RM 50,000 – RM100,000
  • Tempoh bayaran: Sehingga 10 tahun

Kadar Keuntungan

Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. Manakala bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan. Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pembiayaan.

Bayaran Proses

Simpanan

Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Perlindungan Insurans

Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA – Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit.

Syarat kelayakan asas

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  • Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  • Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  • Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  • Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  • Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise

Cara Mohon

  • Secara Manual di Pejabat Cawangan Berhampiran dengan Premis Perniagaan
  • JPP Borang 01 – Senarai Semak (muat turun)
  • JPP Borang 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN (muat turun)
  • JPP Borang 06 – Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) (muat turun)
  • JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu (muat turun)
  • Kaedah Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional

Nota: hanya untuk Skim Pembiayaan TEKUN Niaga dan Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)