Jawatan Kosong Kejuruteraan Elektrikal (Eksekutif Teknikal) Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (”KSSB”) adalah organisasi yang bertanggungjawab menguruskan, mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan profesional berkaitan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor. KSSB turut dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi kerja-kerja operasi pam air kolam (“OPAK”) dan penyelenggaraan jalan raya negeri.

Selaras dengan perkembangan operasi perniagaan Syarikat, kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang kompeten, berkelayakan, berwawasan, dinamik dan bersama menyumbang kepada kecemerlangan KSSB untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan

Eksekutif Teknikal (Kejuruteraan Elektrikal)

KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD.

Shah Alam/Subang

Kelayakan Akademik

Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional

Syarat Lantikan

Syarat lantikan dan pengalaman:

  •  Memiliki kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau yang setaraf dengannya.
  •  Minimum 5 tahun pengalaman dalam sebagai Eksekutif Teknikal atau Jurutera Elektrik dalam bidang pembinaan kerja-kerja infrastruktur.
  •  Calon-calon yang berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya adalah digalakkan memohon.

Cara Mohon

Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap. Borang boleh diisi di link yang di sediakan di sini ===> Jawatan Kosong Kejuruteraan Elektrikal (Eksekutif Teknikal) Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Related Posts